Wednesday, 23 February 2011

KEMENANGAN TERCIPTA DI BUMI SHAH ALAM





selepas tamatnya perlawanan kelayakan olimpik di shah alam. mr hanz ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang perlawanan yang baru saja berlangsung sebentar lagi. Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan pakistan 2-0, perlawanan yang disaksikan lebih 10000 penyokong malaysia dipenuhi dengan jeritan kemenangan di akhir perlawanan. Malaysia yang menurunkan barisan2 muda menentang barisan muda pakistan. Perlawanan yang diadili oleh pengadil dari hong kong itu berakhir dengan kemenangan malaysia ke atas pakistan. Malaysia mendahului pakistan pada minit ke-4 hasil jaringan cantik oleh pemaian tengah harimau muda A, WAN ZAHARULNIZAM B WAN ZAKARIA. jaringan tersebut berjaya menewaskan penjaga gol utama pakistan, Yousof Ejaz Butt. pemaianan yang cantik dapat dipamirkan oleh semua barisan malaysia, pada minit ke-34,pemain pertahanan pakistan, Ansar Abbas dilayangkan kad merah kerana mengasari penjaga gol utama skuad kebangsaan, KHAIRUL FAHMI B CHE MAT. sepakan percuma GURUSAMY GOVANDAR hanya terkena palang sahaja. pada minit ke-36,MOHD IRFAN B FAZAIL menambah derita pakistan apabila melakukan sepakan padu ke arah gawang gol pakistan. tamat separuh masa pertama, malaysia 2-0 pakistan.
pada separuh masa kedua, pakistan menukar percaturan mereka dengan menurunkan Muhammad Omar menggantikan penjaga gol utama pakistan. hasilnya, malaysia mencari jalan buntu untuk menambah jaringan. banyak percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh barisan skuad kebangsaan tetapi berjaya dipatahkan oleh muhammad omar. peluang2 yang terhasil hanya menambahkan shoot on target sahaja. akhirnya, perlawanan berkesudahan dengan malaysia menang 2-0 ke atas pakistan. TAHNIAH MALAYSIA. MR HANZ LOVE MALAYSIAN FOOTBALLER.

No comments:

Post a Comment