Saturday 16 July 2011

2 TONGGAK YG MEROBEK GAWANG LIVERPOOL


SYAFIQ RAHIM menjaringkan gol cantik melalui sepakan percuma di luar kotak penalti menjadikan malaysia terikat 1-1 pada minit ke-33, pakar sepakan percuma

SAFEE SALI...memang boleh dikatakan beliau adalah antara penyerang berbisa yg berjaya merobek gawang liverpool sebanyak 2 kali sekaligus membawa malaysia menghampiri liverpool walaupun pada mulanya ketinggalan 1-4

tetapi walauapapun, tahniah liverpool yang berjaya menewaskan malaysia dengan jaringan besar 6-3, admin di sini merasa bahawa bahagian pertahanan adalah punca kepada skuad malaysia kalah besar mlm nie..harap perbaiki lagi di bahagian pertahanan.

MISI MEMBENAM THE REDS



selepas tewas ke atas arsenal tempoh hari, skuad kendalian K. Rajagopal akan bangkit dengan melayan kunjungan Liverpool pd ptg ini tanpa tongak utama beliau Steven Gerrard yg mengalami kecederaan, , kali ini, K rajagopal mahukan ank2 buahnya bermain dengan sepenuh tumpuan kerana perlawanan bertemu arsenal baru2 ini, skuad harimau malaya bermain dengan hambar. Harap2 malaysia mng..xpown seri ok la..ingat bahawa kita adalah jaguh asia tenggara yg bakal menjadi jaguh asia selepas ini..

Wednesday 13 July 2011

USAHA LAGI....


walaupun tewas, itu tidak bermakna kita pasukan yg lemah, 4-0 itu harus diperbaiki di bhgn pertahanan terutama sekali..harap malaysia bangkit melawan singapura nanty..itu lah yg paling penting drpd perlawanan persahabatan.

Wednesday 6 July 2011

SKUAD PIALA DUNIA MALAYSIA

SKUAD OLIMPIK MALAYSIA

JADUAL PERLAWANAN KELAYAKAN PUSINGAN KEDUA PIALA DUNIA 2014 BAGI ZON ASIA

KEMENANGAN SKUAD RED WARRIOR

kehebatan nur shahrul idlan talaha nampaknye tidak dapat di bendung lagi tatkala beliau menjaringkan 2 gol utk menghadiahkan kemenangan keatas pasukan kelantan yg berjaya menewaskan sabah di laman lawan.

Sekaligus, buat julung-julung kalinya kelantan di nobatkan sebagai juara liga super 2011 yg pada mulanya diperkenalkan pada tahun 2004, tahniah buat skuad Datuk M. Karathu yg berjaya membimbing skuad red warrior dengan merangkul piala liga super walaupun terlepas piala FA namun bangkit utk memenangi piala liga berprestij ini,


tahniah juga diberikan kepada abdul hadi yahya (skuad terengganu) selepas memenangi kasut emas @ penjaring terbanyak bagi musim 2011 beliau menjaringkan 4 gol bertemu Felda Utd mlm semalam sekaligus memintas nur shahrul idlaan talaha dengan perbezaan 1 gol, menjadikan jumlah jaringan sebanyak 20 gol..tahniah buat kedua-dua pemain..