Sunday, 27 February 2011
ARSENAL KEMPUNAN LAGI
arsenal kempunan lagi, itulah tajuk yang sesuai bagi skuad bimbingan arsene wenger ini apabila tewas mengejut kepada kelab bawahan, birmingham malam semalam. arsenal yang kali terakhir memenangi piala carling ialah pada tahun 2005 selepas berjaya menewaskan man utd dalam penentuan sepakan penalti. arsenal nampaknya kempunan lagi pada tahun ini untuk merangkul piala. skuad bimbingan arsene wenger menerima tamparan hebat oleh pihak media apabila tewas kepada kelab bawahan. arsenal yang menjadi pasukan pilihan terpaksa akur dengan semangat yang ada pada pasukan birmingham yang bersungguh-sungguh utk merangkul piala buat julung2 kalinya.
pada permulaan perlawanan, birmingham bermula garang apabila menjaringkan gol pembukaan melalui bekas penyerang valencia N. zigic pada min-28, tersentak dengan gol awal, arsenal melakukan serangan bertubi2 dan pada min-33 percubaan van persie hanya sekadar singgah ke palang sahaja. akhirnya arsenal mendapat gol penyamaan melalui penyerang belanda, van persie pada min-39, arsene wenger merasa lega sedikit dengan jaringan tersebut. tamat separuh masa pertama dengan keputusan 1-1.
pada separuh masa babak kedua, arsenal meneruskan lagi percubaan demi percubaan utk mendahului pihak lawan tetapi tidak berjaya, percubaan samir nasri hanya terkena tiang pada min-67, tersentak dengan serangan bertali arus, birmingham cuba menyerang, akhirnya peluang yang dimiliki oleh ferguson hanya terkena tiang kanan gawang gol arsenal. keputusan masih lagi 1-1 sehingga sampai ke min-89, o. martins ( birmingham city) menjaringkan gol kemenangan pada minit2 terakhir, jaringan tersebut menyaksikan harapan arsenal utk merangkul piala carling hancur lebur. arsenal mencari jalan buntu utk menyamakan kedudukan,tiupan wisel penamat dibunyikan dan para peminat birmingham city bersorak kegembiraan manakala penyokong arsenal hampa dengan keputusan itu. tamatnya perlawanan akhir piala carling cup 10/11 yang dimenangi oleh birmingham city. sejerah nampaknya tercipta lagi di bumi wembley. TAHNIAH BIRMINGHAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment